Advertising
Satu Gol & Satu ‘Assist’ Dion Cools Bantu Buriram United Menang Besar
MakanBola
Buriram United FC

Ketua pasukan Harimau Malaya, Dion Cools terus cemerlang di Thailand apabila terlibat dalam dua jaringan ketika Buriram United mencatat kemenangan besar pada Sabtu.

Buriram United hadir ke laman Nakhon Ratchasima selaku pendahulu liga dengan Cools menjadi pilihan Osmar Loss bagi membentuk gandingan ampuh di barisan pertahanan.

Ad

Kepercayaan itu dibalas dengan baik menerusi 1 gol dan 1 bantuan jaringan yang dicipta oleh Cools untuk membantu Buriram membawa pulang 3 mata penting dari laman lawan.

Ad

Impak Cools bermula seawal minit ke-8 apabila tendangan penjuru beliau disambut baik oleh Chrigor dengan tandukan bagi meletakkan Thunder Castle mendahului 1-0 di hadapan.

Di babak kedua, giliran Dion Cools pula melakar nama selaku penjaring apabila ledakan beliau gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan pada minit ke-83 untuk gol ke-4 Buriram.

Ad

Persembahan cemerlang Dion Cools ini menyaksikan bintang warisan Malaysia-Belgium ini menerima penilaian setinggi 8.4 oleh laman Sofascore, kedua tertinggi bagi kesemua pemain.

Ad

3 lagi jaringan Buriram United disumbangkan oleh Supachai Jaided, Chrigor dan sepakan penalti Athit Berg manakala gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Deyvison Fernandes.

Ad

Kemenangan besar 5-1 ini sudah cukup buat Buriram United mengukuhkan tempat di tangga teratas liga dengan 33 mata selepas 13 perlawanan hasil 10 kemenangan dan 3 kali seri.

Sementara, pencabar terdekat, Bangkok United pula meraih 30 mata di tangga kedua liga namun sudah beraksi sebanyak 15 perlawanan dan diikuti Port FC di tempat yang ketiga.