Advertising
“Satu Mata Ibarat Kalah” – Fergus Tierney
Harimau Malaya
MakanBola
FA MALAYSIA

Penyerang Harimau Malaya, Fergus Tierney menganggap keputusan seri berdepan Kemboja dalam aksi pembukaan Piala Mitsubishi Electric Asean ibarat kalah.

Pada aksi tersebut jaringan penyamaan dari Tierney pada minit ke-74 berjaya memastikan satu mata buat Malaysia tatkala ketinggalan kepada Kemboja pada pertengahan permainan.

Ad

Menurut Tierney, rasa kecewa sudah tentu dirasai setelah terlepas peluang untuk meraih kemenangan di bumi Phnom Penh dan merasakan keputusan seri ibarat kekalahan.

Ad

”Kecewa (sebab) kita memang nak menang. Satu mata rasa macam kalah bagi saya, tetapi sekurangnya kita tidak kalah,” kata Tierney yang ditemui selepas perlawanan.

Walau bagaimanapun, Tierney optimis dengan peluang skuad negara dan yakin Malaysia masih dalam perjuangan apabila melayani Timor Leste di Bukit Jalil minggu hadapan.

Ad

“Kita masih dalam perjuangan dan perlu menang lawan Timor Leste (Rabu) nanti,” ujar penyerang berusia 22 tahun itu.

Ad

Aksi seterusnya skuad negara adalah berdepan Timor Leste di Bukit Jalil dalam perlawanan ke-2 pada Rabu, 11 Disember dengan sepak mula jam 9 malam.

Ad