“Saya Akan Bersara Sebagai Pengurus Jika Malaysia Gagal Ke Piala Asia”
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengurus pasukan B-16 negara, Christopher Raj sedia bersara sebagai pengurus sekiranya Malaysia gagal ke Piala Asia 2025.

Perkara ini disuarakan olehnya selepas Malaysia B-16 menamatkan perjuangan dalam Kejuaraan Asean pada peringkat kumpulan.

Ad

Kekecewaan jelas menyelubungi skuad negara apabila tidak berupaya mengulangi pencapaian tahun 2019 untuk muncul juara.

Ad

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam FAM bersedia untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas pencapaian skuad b-16 ketika ini.

“Perjuangan skuad muda negara menemui jalan noktah di kempen Piala AFF B-16 peringkat kumpulan, apabila tewas di tangan Thailand 1-3 sememangnya hakikat yang pahit untuk ditelan.

Ad

“Skuad negara memulakan kempen kali ini dengan positif selepas menang ke atas Timor Leste 5-0 namun tewas0-2 kepada Australia. Kami sudah berusaha sehabis baik tetapi diakui ada kesilapan di atas padang namun ia masih boleh diperbaiki lagi di masa depan.

Ad

Christopher Raj menganggap tidak adil untuk meletakkan segaka kritikan kepada pemain kerana mereka masih memiliki perjalanan yang panjang.

Ad

“Maka, tidak adil jika semua kritikan hanya tertumpu kepada pemain. Pada hakikatnya, mereka masih muda dan perlukan kritikan yang membina untuk menaikkan semangat bukannya kritikan berbentuk tohmahan semata,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.

Sebagai pengurus pasukan, beliau berhasrat untuk membantu meningkatkan pencapaian pasukan muda negara terutamanya untuk mara ke pentas Piala Asia 2025.

“Saya selaku Pengurus Pasukan mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan ini. Saya berjanji skuad negara yang dibawah kendalian saya ini akan tampil lebih baik di saingan seterusnya, iaitu Kelayakan Piala Asia nanti.

“Saya dengan ini mengambil tanggungjawab penuh akan bersara selalu Pengurus Pasukan sekiranya kami gagal ke final Piala Asia 2025 yang akan berlangsung di Laos 19 – 26 Oktober 2024.

“Tahun lalu, skuad negara berjaya layak ke Piala Asia B-17 2023. Maka, tidak mustahil kami berjaya melakukan sekali lagi dan sekiranya gagal, saya akan mengundur diri untuk memberi peluang kepada muka baru menggalas tanggungjawab ini membawa skuad negara ke peringkat lebih tinggi sehingga mencapai misi ke Piala Dunia,” ujarnya.

Skuad Harimau Malaya B-16 kendalian Javier Jorda Ribera akan bersaing dalam Kumpulan H di Laos bagi memburu slot ke pusingan akhir di Arab Saudi, April 2025 dengan 10 juara kumpulan dan 5 naib juara terbaik akan mara.

Ujian pertama pada pusingan kelayakan adalah menentang Lubnan pada 23 Oktober 2024.