Pemain muda Malaysia berjanji untuk kembali ke Eropah selepas tempohnya di Malaysia berakhir.
Baru-baru ini, perancang tengah berbakat negara, Allee Putra telah memilih PDRM FC sebagai destinasi baharunya bagi musim 2024/25.
Bekas pemain TRW Kelantan FC ini memaklumkan kepada MakanBola bahawa kepulangannya bersifat sementara.
Hal ini susulan terdapat faktor peribadi yang perlu diselesaikan olehnya sebelum kembali membawa haluan ke Eropah.
Beliau merupakan pemain bersama kelab Divisyen 5 Sepanyol, FC Malaga City sejak tahun 2021 sebelum pulang beraksi di Malaysia seketika.
Allee Putra kembali ke Sepanyol pada bulan Mac 2024 sehingga September sebelum menyertai PDRM.
Pemain muda itu memaklumkan bahawa beliau ada menerima beberapa tawaran untuk kekal di Eropah namun perlu menangguhkan hasratnya.
“Ya betul, saya pulang ke Malaysia sementara sahaja atas urusan peribadi. InsyaAllah, saya akan kembali beraksi semula di Eropah,” jelasnya.
Beberapa pemain muda negara beraksi di luar negara ketika ini seperti Fergus Tierney (Thailand), Luqman Hakim dan Muhammad Khalil (Jepun).