Advertisements
“Saya Hanya Nampak Benci, Di Mana Cintanya?” – Liridon Krasniqi
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi seperti tertanya-tanya mengenai kecaman yang diterima para pemain negara susulan penyingkiran awal dari kempen Piala Asia 2023 Qatar.

Baru-baru ini, Liridon ada memuat naik satu ucapan kepada pemain tengah Malaysia, Natxo Insa yang menjadi mangsa kritikan oleh penyokong bola sepak Malaysia.

“Idola dalam setiap aspek. Kita sebagai pemain dan negara boleh berbangga untuk mempunyai kita sebagai pemain dan individu sekeliling kita. Anda adalah yang terbaik Hermano,” coret Liridon di Instagram Story dengan berlatarbelakangkan foto Natxo Insa.

Liridon "Saya Hanya Nampak Benci, Di Mana Cintanya?" - Liridon Krasniqi
Sokongan Liridon terhadap Natxo Insa. Kredit IG Liridon Krasniqi.

Tidak lama selepas itu, Liridon turut meluahkan mengenai kritikan dan kebencian yang diterima oleh para pemain bola sepak Malaysia.

“Saya hanya nampak kebencian. Di mana kecintaannya?,” luah Liridon di Instagram Story milik beliau,

IG Liridon "Saya Hanya Nampak Benci, Di Mana Cintanya?" - Liridon Krasniqi
Kredit IG Liridon Krasniqi

Terdahulu, Malaysia disahkan menjadi pasukan kedua tersingkir awal dari kejohanan Piala Asia 2023 selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi kumpulan.

Namun begitu, tugasan Harimau Malaya di Qatar masih belum selesai kerana perlu berdepan gergasi Asia, Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan pada 25 Januari.

Untuk edisi Piala Asia kali ini, semua juara kumpulan dan naib juara kumpulan secara automatik akan layak ke pusingan seterusnya manakala empat pasukan di kedudukan ketiga terbaik juga akan mara ke pusingan 16 terakhir.