“Saya Lihat Dia Terbaring, Ini Bukan Kecederaan Biasa”
Harimau Malaya
MakanBola/FA Malaysia
Advertisements

Penjaga gol Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Sikh Izhan Nazrel mengakui terkejut apabila melihat kecederaan yang menimpa rakan sepasukan, Azam Azmi Murad baru-baru ini.

Azam yang ketika itu beraksi untuk skuad senior negara menentang Oman terpaksa diusung keluar pada babak pertama selepas mengalami kecederaan serius.

Perkara ini turut diakui jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Disebabkan tahap kecederaannya yang serius, beliau percaya Azam perlu melupakan kempen Piala Asia B-23 2024.

Advertisements

Sikh Izhan mengakui bila melihat imej bek kanan berusia 23 tahun itu cedera, beliau sudah tahu ini bukan kecederaan biasa.

Meskipun mengakui skuad B-23 negara tempang tanpa kelibat Azam, beliau percaya barisan pemain yang dipilih jurulatih, Juan Torres Garrido mampu menggalas tanggungjawab untuk kempen Piala Asia B-23 2024.

“Bila saya lihat dia di padang terbaring (dan) beri isyarat minta buat pertukaran, saya dapat rasa ini kecederaan yang berbeza. Ini bukan kecederaan yang biasa.

Advertisements

“Ketiadaan dia merupakan sesuatu yang kurang memuaskan sebab kita ada pemain bernama besar macam Azam dengan (pengalaman) dua musim lebih bersama Terengganu FC.

“Jadi bila dia tiada dalam pasukan, mungkin agak tergugat sikit. Sebab pemain-pemain yang datang pun begitu bagus.

“Jurulatih (Juan Torres Garrido) pun ada kata beliau sudah ada perancangan siapa bakal gantikan tempat Azam. Kita akan lihat untuk Piala Asia (B-23) nanti,” katanya kepada media di Wisma FAM hari ini.

Advertisements

Malaysia bakal berada dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam. Malaysia membuka kempen kejohanan dengan menentang Uzbekistan pada 17 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram