“Saya Perhatikan Dari Tahun Lepas, Masanya Dengan Harimau Malaya Akan Tiba”
MakanBola
FA Malaysia/Perak FC
Sponsors

Bekas penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz melihat potensi yang dimiliki oleh penjaga gol Perak FC untuk mewakili Harimau Malaya.

Beliau kini berkelana di Vietnam bersama Cong An Ha Noi (CAHN) FC berkongsi pandangannya terhadap potensi yang dimiliki oleh penjaga gol berbakat, Ramadhan Abdul Hamid bersama Malaysia.

Ad

Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Perak dari PDRM bagi musim ini dan menjadi pilihan utama Ketua Jurulatih The Bos Gaurus, Yusri Che Lah.

Ad

Sungguhpun berdepan saingan hebat Haziq Nadzli dan juga Firdaus Irman, anak jati kelahiran Kelantan ini tetap memperagakan aksi terbaik.

Menerusi satu kenyataan oleh Azmin Azram bersama Nindia Bola, beliau sudah mengesan keupayaan Ramadhan sejak tahun lalu.

Ad

“Saya bercakap tentang penjaga gol yang harus diperhatikan untuk tugasan kebangsaan berikutnya ialah Ramadan Abdul Hamid. Antara pemain yang boleh kita tengok untuk akan datang bersama Malaysia.

Ad

“Saya perhatikan dari musim lepas, apabila dia (Ramadan) terus bermain, saya cakap dia ni boleh untuk bersama Harimau Malaya tetapi tunggu masa,” jelasnya kepada Astro Arena.

Ad

Antara keunikan Ramadan menurut Azmin ialah keupayaannya untuk merencanakan permainan bermula dari bawah dan membantu Perak membina serangan dengan lebih teratur.

Beliau memiliki pengalaman beraksi bersama beberapa kelab seperti Kelantan, Kedah, Penang, UITM dan PDRM sepanjang kariernya.