Haziq Nadzli Hanya Jadi Penonton Menentang JDT
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli disahkan hanya menjadi penonton ketika menentang pasukan yang juga majikan beliau, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin dalam satu sesi siaran langsung di laman Facebook, TBG Super Fan sebentar tadi.

Haziq tidak akan beraksi menentang JDT oleh disebabkan gentlemen agreement yang tercipta dalam perjanjian pinjaman di antara Perak dan juga JDT.

Advertisements

Berkemungkinan besar, tempat Haziq bakal diisi oleh dua orang lagi penjaga gol lain yang berada di dalam pasukan Perak seperti Ramadhan Hamid dan Firdaus Irman dalam aksi bertemu JDT yang dijadualkan pada 17 Ogos depan.

Gentlemen Agreement bukanlah sesuatu yang baharu dalam saingan Liga Malaysia apabila sebelum ini sudah beberapa kali berlaku di dalam saingan domestik.

Advertisements

Selain Haziq, dikhabarkan dua lagi pemain JDT yang dipinjamkan ke Terengganu FC iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid juga tidak akan beraksi menentang JDT bagi saingan musim baharu kelak.

Haziq baru-baru ini telah mengejutkan para penyokong dengan ketangkasan luar biasa ketika menjaga gawang Perak pada aksi persahabatan pra-musim menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang mana menyaksikan Perak menang 1-0.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram