Pra-Musim: Aksi ‘Spiderman’ Haziq Nadzli Bantu Perak Tewaskan Kedah
Persahabatan
Perak FC
Advertisements

Perak meneruskan aksi pra-musim dengan langkah positif apabila berjaya menewaskan Kedah dalam aksi persahabatan di Stadium Negeri Perak, Ipoh sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik dengan Kedah mempertaruhkan Syafiq Ahmad dan Milos Gordic di bahagian serangan manakala Perak pula meletakkan Luka Milunovic di bahagian hadapan bagi mencari jaringan buat tuan rumah.

Aksi dimulakan dengan kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati dengan kawalan bola lebih terarah kepada pasukan Kedah.

Advertisements

Sony Norde berpeluang meledak pada minit ke-33 selepas menerima hantaran daripada Halim Saari, namun percubaan Sony berjaya ditangkap kemas oleh Haziq Nadzli.

Selang enam minit selepas itu, giliran Sukhrob Nurulloev pula menguji Haziq di gawang Perak melalui rembatan deras yang berjaya ditepis dengan cemerlang oleh Haziq sebelum bola terkena palang.

Advertisements

Perak dilihat agak bergelut untuk melancarkan serangan ke kubu Kedah yang dikawal ketat Cleylton. Separuh masa pertama akhirnya ditamatkan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Perak membuat beberapa pertukaran untuk menambah kekuatan di bahagian tengah dengan membawa masuk Syukri Baharun dan Azalinullah Alias.

Advertisements

Tommy Mawat hampir memberikan pendahuluan buat Perak pada minit ke-49 namun rembatan deras dari bahagian kiri berjaya ditepis Kalamullah.

Selepas serangan demi serangan dilancarkan, Perak akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-56 melalui sepakan penalti yang disempurnakan Luciano Guaycochea. Penalti tersebut diberikan selepas pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati Firdaus Saiyadi dijatuhkan Cleylton dari belakang di dalam kotak penalti.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kedah menggandakan asakan dengan kepantasan Sony Norde dan Sukhrob digunakan bagi mengucar-ngacirkan benteng Perak.

Sony Norde sekali lagi berpeluang mencipta jaringan pada minit ke-83 namun rembatannya hanya singgah ke tiang gol.

8 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil dengan menyaksikan Kedah terus melancarkan serangan ke kubu Perak.

Kedah sekali lagi terlepas peluang keemasan untuk mendapatkan gol penyamaan melalui sepakan penalti. Haziq Nadzli sekali lagi tampil cemerlang dengan berjaya menepis sepakan penalti yang diambil Sony Norde.

Kedah meneruskan momentum serangan namun tiada tambahan jaringan dan perlawanan akhirnya ditamatkan dengan keputusan 1-0 memihak Perak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram