Advertisement
“Saya Serahkan Jiwa & Raga Saya Kepada Kedah”
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Penjaga gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ifwat Akmal meluahkan bahawa dirinya tidak kisah dikritik hebat kerana yang lebih penting bagi dirinya adalah memberikan jiwa dan raga buat pasukan Kedah.

Ifwat merupakan pemain yang paling sibuk di atas padang dalam aksi Liga Super bertemu Terengganu FC di Stadium Darul Aman pada Sabtu.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu mempamerkan kualiti terbaik dalam menyelamatkan pintu gol Kedah daripada dibolosi sekali gus memberikan kemenangan tipis 1-0 buat Kedah.

“Itu (kritikan) saya tidak kisah sangat. Saya lagi suka orang kecam saya. Tak sokong saya pun saya tak kisah walaupun penyokong sendiri.

“Yang penting saya dapat bagi jiwa dan raga saya buat pasukan Kedah,” jelas Ifwat ketika ditemubual MFL selepas perlawanan bertemu Terengganu.

Ifwat dalam masa yang sama berazam untuk mengekalkan prestasi terbaik dalam menempuh perlawanan-perlawanan mendatang dengan kedudukan lima terbaik Liga Super menjadi sasaran utama.

Kedah kini menduduki tangga ke-10 Liga Super dengan mengumpul 12 mata selepas 11 perlawanan yang diharungi.