Advertisement
Ifwat Akmal: Kedah Mahu Kedudukan Lima Terbaik
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ifwat Akmal berharap kemenangan terbaru pasukan itu dapat membawa mereka menghampiri kelompok lima terbaik liga.

Penantian kemenangan Kedah selama tiga bulan berakhir apabila pasukan itu menewaskan Terengganu FC di Stadium Darul Aman pada 19 Oktober lalu.

Bek tengah Brazil, Jose Cleylton muncul wira dengan menanduk bola melepasi penjaga gol Peteh, Suhaimi Husin pada minit akhir separuh masa pertama.

Kemenangan 1-0 itu menyaksikan Kedah kini di tangga ke-10 dengan 12 mata, lima mata di belakang Terengganu yang menghuni kedudukan ketiga dalam liga.

Ifwat berharap kejayaan ini dapat membakar semangat Sang Kenari untuk terus memburu kelompok lima terbaik liga.

“Saya harap selepas ini, kita dapat kekalkan momentum kemenangan untuk kejar balik. Sekarang, Kedah kan di nombor sembilan, jadi kami nak berada di kelompok lima terbaik,” katanya dalam Nadi Arena.

Ifwat mengakui di sebalik masalah dalaman yang membelenggu Kedah ketika ini, para pemain berusaha memberikan yang terbaik di atas padang. Atas sebab itu, beliau berharap ada solusi tuntas untuk permasalahan yang dihadapi Sang Kenari.

“Walaupun (Kedah) ada masalah dalaman, kita tetap beri tenaga atas padang. Kerja bersungguh-sungguh, buat sehabis baik buat majikan kami.

“Saya harap majikan kami dapat lakukan sesuatu (solusi berkenaan masalah dalaman Kedah). Bukan sedikit jumlahnya tapi banyak,” ujarnya.

Selepas ini, Kedah bakal melayan kunjungan PDRM FC di Stadium Darul Aman pada 25 Oktober lalu.