Advertising
“Saya Tak Sabar Nantikan Era Baru Bola Sepak ASEAN” – Faisal Halim
Asia Tenggara
MakanBola
Aima/MakanBola

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim mengakui teruja untuk membantu Malaysia dalam kempen Asean Mitshubishi Electric Cup 2024.

Kejohanan yang sebelum ini dikenali sebagai AFF Mitsubishi Electric Cup memiliki tempat yang cukup istimewa dalam diri pemain Selangor itu.

Ad

Beliau yang membantu pasukan kendalian Kim Pan-gon itu memberitahu bahawa beliau berasa cukup bermotivasi dengan penjemaan semula kejohanan berprestij Asean itu.

Ad

“Saya berasa amat bangga kerana dapat beraksi dalam edisi terakhir AFF Mitshubishi Electric Cup.

Saya juga tidak sabar untuk era baharu bola sepak Asean. Sama-sama kita nantikan pada 30 April 2024,” jelasnya kepada AFF.

Ad

Impak besar Faisal sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya ketika menjaringkan gol tunggal ketika membenam cabaran Thailand 1-0 di SNBJ kira-kira dua tahun yang lalu.

Ad

Pemain berusia 25 tahun itu juga memainkan watak penting terutamanya ketika Harimau Malaya beraksi dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar.

Ad

Beliau menjaringkan gol pembukaan buat skuad kebangsaan menentang Korea Selatan yang berkesudahan dengan keputusan 3-3.