“Saya Tidak Terlalu Kecewa Tewas Begini” – Tomislav Steinbruckner
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengaku tidak terlalu kecewa biarpun anak-anak buahnya dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super semalam.

Ini kerana daripada lima pertukaran yang dibuat dalam kesebelasan utama semalam, tiga daripadanya ialah pemain-pemain muda. Mereka ialah Rahadiazli Rahalim, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Syahmi Zamri.

Bagi Steinbruckner, mereka sudah memberi yang terbaik dalam perlawanan tersebut. Walaupun beberapa kesilapan menyumbang kepada gol pelawat semalam, usaha pemain-pemain ini patut dihargai.

Advertisements

“Kita sebagai pasukan, kita sudah ada kesebelasan utama yang tetap. Tetapi bila sesetengah pemain tiada, ini memberi masalah kepada kita.

“Dan jika kita ada tiga, empat pemain (utama) yang membarisi kesebelasan utama, situasi (perlawanan) mungkin saja berbeza.

“Tapi saya pasti akan buat beberapa pertukaran pemain hari ini kerana kita tak boleh lawan Selangor buat kali ketiga dengan pasukan sama. Itu satu kegilaan dan saya harap kecergasan pemain kita akan dinilai semula pada Isnin ini.

Advertisements

“Dan itu yang kita saksikan hari ini. Sudah tentu kita tak boleh berpuas hati dengan keputusan tapi saya tak terlalu kecewa dengan para pemain.

“Kerana saya tahu mereka beri 100% dan ini satu pengalaman yang baik buat mereka,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan seperti dilaporkan TFC TV.

Terengganu berharap dapat bangkit dan meraih kemenangan kedua Piala AFC apabila menentang Bali United di Bali, Indonesia pada 4 Oktober ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram