Sebastian Avanzini Kini Import Baru KL City
Dunia
Twitter/@blazers_on_fire
Advertisements

Selepas mengesahkan Patrick Reichelt dan Kipre Tchetche sebagai pemain import terbaru mereka, KL City mengumumkan satu lagi nama yang membarisi pasukan untuk musim 2023. Pemain tersebut ialah bekas pemain tengah AC Horsens, Sebastian Avanzini.

Sebelum ini, ura-ura penyertaan pemain tersebut telah tersebar di media sosial sejak beberapa hari lepas. Hari ini, ia disahkan secara rasmi oleh KL City menerusi pengumuman di laman media sosial mereka.

Avanzini bukan saja boleh beraksi di bahagian tengah tetapi juga di bahagian bek kiri. Keupayaannya bermain di pelbagai posisi akan menambah kekuatan pasukan KL City menjelang saingan Liga Super pada akhir Februari ini.

Advertisements

Ini menjadikan bilangan pemain import KL CIty kepada enam orang. Selain Avanzini, Kipre dan Reichelt, khidmat Giancarlo Gallifuoco, Paulo Josue dan Kevin Ray Mendoza terus dikekalkan untuk musim 2023.

Avanzini dilihat tidak akan menghadapi masalah beradaptasi dengan City Boys lebih-lebih lagi dengan bantuan Mendoza. Ini kerana penjaga gol Filipina itu pernah beraksi di Denmark untuk kelab seperti AC Horsens dan HB Koge.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram