Ads
Dunia
Mercato LIVE

Sebagai persiapan menghadapi Liga Super musim depan, KL City sibuk membawa masuk awang import bagi memantapkan pasukan mereka. Salah seorang pemain import yang dikatakan bakal menyertai City Boys ialah Sebastian Avanzini.

Advertisements

Menurut wartawan sukan The Star, T. Avineswaran, KL City dikatakan amat berminat mendapatkan khidmat pemain tengah berdarah Itali-Denmark itu. Malah, difahamkan dia juga dilihat telah berlatih bersama pasukan tersebut.

Advertisements

Selain kelab terakhirnya Hobro, Avanzini juga pernah beraksi bersama AC Horsens, Hvidovre dan Skovshoved.

Advertisements

Advertisements

Semasa di Hobro, dia memeterai kontrak sehingga tahun 2024 selepas menyertai kelab pada musim panas 2021. Bagaimanapun, dia kemudiannya meninggalkan secara persetujuan bersama pada Oktober tahun lepas sekaligus menjadikannya sebagai ejen bebas.

Advertisements

Sekiranya perpindahan ini menjadi rasmi oleh kelab, penjaga gol City Boys Kevin Ray Mendoza dilihat dapat membantunya beradaptasi dengan KL City. Ini kerana Kevin merupakan pemain berdarah Filipina-Denmark dan pernah beraksi di kelab seperti HB Koge dan Horsens.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram