Sebuah Syarikat Korporat Bantu Hidupkan Ekonomi Kedah
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Khabar gembira buat pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila sebuah syarikat korporat menghulurkan bantuan bagi menangani krisis kewangan kelab.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pemiliki Majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Daud Bakar ketika sesi sidang media berkenaan pelancaran jersi dan status perekonomian pasukan pada petang Khamis.

Ad

Menurut beliau, musim lalu KDA FC mengalami situasi kekurangan tenaga kerja disebabkan oleh kemampuan kewangan pasukan yang terhad sehingga menyebabkan pekerja sedia ada terpaksa melakukan lebih dari satu kerja.

Ad

”Kita di musim lalu mengalami kekangan dari segi tenaga kerja yang kurang, ramai di kalangan staf kita yang multi-tasking iaitu seorang pekerja melakukan 3-4 kerja akibat kekurangan kewangan,” kata Tan Sri Dr. Daud Bakar.

Namun, beliau bersyukur kerana kini sebuah syarikat korporat yang masih dirahsiakan identitinya bersedia menaja para pekerja baharu bagi membentuk satu jabatan yang akan membantu membangunkan KDA FC.

Ad

”Alhamdulillah, kita (kini) sudah mempunyai jabatan baru untuk tujuan pembangunan perniagaan KDA FC, kita akan betul-betul tumpukan pada satu jabatan di mana pekerja-pekerja ini akan ditaja oleh sebuah syarikat korporat yang kita akan umumkan nanti.”

Ad

”Mereka (syarikat korporat) telah suci hati dan semangat untuk membantu pasukan kita (dengan) meminjamkan pegawai-pegawai mereka untuk bersama kita dalam membangunkan perekonomian dan perniagaan KDA FC,” tambah beliau lagi.

Ad

Tan Sri turut memaklumkan bahawa pelancaran jersi Sang Kenari bakal dijalankan pada 25 Julai hadapan jam 10 malam secara atas talian, sehari sebelum aksi Liga Super berdepan Kuching City.