“Segalanya Sudah Selesai” – Mats Deijl
MakanBola
Go Ahead Eagles
Sponsors

Pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl hanya menunggu lampu hijau sebelum boleh mewakili Harimau Malaya.

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan pilihan utama bersama kelabnya di Eridivisie sudah menyatakan hasrat untuk mewakili skuad kebangsaan.

Ad
Sponsors

Proses dokumentasi berjalan seperti yang diharapkan apabila beliau memaklumkan telah menyerahkan segala dokumen kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ad

“Kertas kerjanya sudah selesai. Segala dokumen yang mereka minta telah pun saya serahkan iaitu sijil lahir datuk saya.

Deijl memberi bayangan bahawa segala proses dokumentasi secara dasarnya telah selesai dan hanya menunggu lampu hijau untuk mewakili negara.

Ad

“Segala dokumen yang diperlukan untuk saya mewakili Malaysia telah pun sampai kepada pihak yang berkepentingan (FAM). Secara dasarnya, semuanya sudah selesai,” katanya kepada Tijgerbalsem menurut perkongsian Frfuturetalents.

Ad

Kelibatnya untuk mewakili skuad kebangsaan dijangka dapat dilihat sekitar bulan November dan Disember tahun ini.

Ad

“Sekiranya saya mendapat pasport, saya boleh mewakili Harimau Malaya. Saya amat menantikan detik itu. Sekiranya boleh beraksi seawal Disember, itu sangat luar biasa,” jelasnya.

Beberapa pemain lain difahamkan sudah berada dalam radar FAM seperti Josh Brownhill, Zien Flemming dan juga Ferdy Druijf untuk menambah sengat skuad kebangsaan.