Beberapa pemain Harimau Malaya selain Hector Hevel beraksi cemerlang ketika menentang Nepal.
Skuad kendalian Peter Cklamovski melakar kemenangan sulung pada aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal dengan keputusan 2-0.
Debut cemerlang tonggak Portimonense SC, Hector Hevel mencuri tumpuan selepas membuat kemunculan. kali pertama berdepan pasukan ke-175 dunia itu.
Tonggak berusia 28 tahun itu turut merekodkan satu jaringan sekali gus memastikan Harimau Malaya membuka kempen dengan cemerlang.
Terdapat kira-kira tiga orang pemain lagi yang turut beraksi cemerlang iaitu pemain sayap sensasi, Arif Aiman Hanapi.
Tonggak berusia 23 tahun itu mencatatkan satu bantuan jaringan sepanjang 90 minit permainan, melakukan 75 sentuhan dan 6 hantaran kunci.
Arif turut menang 8 pertarungan bola selain cemerlang dengan 85 peratus hantaran.
Gandingan tengah Hevel, Endrick Dos Santos turut tampil dengan aksi terbaiknya selama 88 minit di atas padang.
Beliau melakar 57 sentuhan (83% ketepatan), 3 gelecekan sempurna, menang 7 pertarungan bola dan melakukan 4 hantaran jauh.
Seorang lagi pemain yang turut tampil dengan aksi luar biasa ialah pertahanan kiri, La’Vere Corbin-ong.
Tonggak berusia 34 tahun itu melakukan 48 sentuhan, dua gelecekan sempurna selain memenangi 7 pertarungan bola secara keseluruhan.
Ujian berikutnya buat Harimau Malaya adalah aksi menentang jaguh Asia Tenggara, Vietnam pada 10 Jun 2025 di laman sendiri.