Advertising
“Selamat Kembali Bos” – Tim Cahill
MakanBola
Johor Southern Tigers

Lagenda Everton dan Australia, Tim Cahill mengucapkan selamat kembali kepada bekas bos atau jurulatihnya, David Moyes.

Moyes telah diumumkan sebagi pengurus baharu Everton menerusi satu kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh pihak pengurusan kelab di laman sesawang rasmi pada Sabtu lalu.

“Everton FC dengan teruja mengalu-alukan kembalinya David Moyes sebagai pengurus baru mereka, berkuat kuasa serta-merta,” umum pihak kelab dalam satu kenyataan.

Ad

“Teruja rasanya! Saya menikmati 11 tahun yang hebat dan penuh kejayaan di Everton dan tidak teragak-agak apabila ditawarkan peluang untuk menyertai semula kelab hebat ini,” ujar Moyes.

Ad

Perkhabaran ini mendapat perhatian oleh bekas pemain The Toffees, Tim Cahill yang pernah dibimbing oleh Moyes sejak musim 2004 hingga 2012 dan merangkul pelbagai kejayaan bersama.

”Selamat kembali ke rumah bos,” ucap Cahill dalam satu hantaran di laman Instagram rasmi beliau.

Ad
Ad

Kepulangan Moyes disambut baik oleh peminat dan pemain meski pengurus berusia 62 tahun itu pernah meninggalkan Everton pada tahun 2013 bagi menyertai Manchester United.

Ad

Cahill merupakan lagenda Everton setelah mengumpul 278 penampilan selain meledak 68 gol dan 28 bantuan jaringan sejak tiba di kelab Merseyside itu pada musim 2004/2005.

View this post on Instagram

A post shared by Tim Cahill (@tim_cahill)

Kini, Cahill memegang jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) serta Aspire Academy selain menjadi Ahli Lembaga bagi kelab Belgium, KAS Eupen.

Selain itu, Cahill turut bergelar Penasihat buat DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam hal ehwal bola sepak dan juga hubungan antarabangsa.