Advertising
“Tim Cahill Bukan CEO Harimau Malaya” – Tunku Ismail
MakanBola
Johor Southern Tigers

DYAM Tunku Ismail menegaskan bahawa bekas pemain Australia, Tim Cahill bukanlah Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) pasukan Harimau Malaya.

Terdahulu, Baginda sempat berkongsi senarai kriteria untuk CEO baharu buat skuad kebangsaan yang bakal diumumkan dengan proses lantikan yang hampir selesai.

Ad

Antara kriteria yang dikongsikan adalah CEO tersebut adalah bekas pemain bola sepak, memiliki rangkaian dalam industri selain mempunyai idea yang mampu memacu kepentingan komersial pasukan.

Ad

Oleh itu, para peminat bola sepak tempatan mula tertanya-tanya siapakan yang bakal menduduki posisi penting dalam skuad kebangsaan itu dengan nama Tim Cahill antara yang dicanang.

DYAM Tunku Ismail dalam satu hantaran menafikan perkara tersebut dan menegaskan Cahill yang juga bekas pemain Everton itu merupakan penasihat peribadi Baginda.

Ad

”Beliau ini (Tim Cahill) bukanlah CEO pasukan kebangsaan Malaysia,” ujar DYAM Tunku Ismail menerusi satu hantaran di Instastory.

Ad

”Beliau merupakan penasihat peribadi saya berkenaan sukan dan hubungan antarabangsa,” tambah Baginda.

Ad
Instastory Tunku Ismail Tim Cahill “Tim Cahill Bukan CEO Harimau Malaya” - Tunku Ismail
Instagram: DYAM Tunku Ismail

Baginda juga menyatakan bahawa proses untuk melantik CEO baharu Harimau Malaya sudah hampir selesai yang jelas membuatkan para peminat ternanti-nanti siapakan individu tersebut.