Advertising
Harimau Malaya Bakal Dibantu Bekas Doktor Di Piala Dunia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Skuad Harimau Malaya bakal diperkuat dengan kehadiran bekas doktor yang memiliki pengalaman hebat di Piala Dunia.

Perkara ini dimaklumkan oleh DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor yang kini sedang berusaha menjalankan projek revolusi Harimau Malaya

Ad

Sebelum ini, Baginda telah berkongsi senarai kriteria untuk Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) baharu buat skuad negara yang akan diumumkan dengan proses lantikan yang hampir selesai.

Ad

Satu lagi khabar gembira apabila DYAM Tunku Ismail turut memaklumkan seorang doktor yang miliki pengalaman luas di pentas Piala Dunia akan membantu dari segi perubatan dan kecergasan.

”Bagi kecergasan dan perubatan, seorang High Performance Director akan dilantik,” maklum DYAM Tunku Ismail menerusi hantaran di laman Instastory.

Ad

“Dia merupakan seorang doctor yang professional dan mempunyai pengalaman dalam Piala Dunia, bukan seorang doktor tiada percapaian,” tambah DYAM Tunku Ismail.

Ad

Projek revolusi Harimau Malaya kini sudah melepasi beberapa peringkat dengan jurulatih skuad kebangsaan dan skuad B-23 antara yang awal diumumkan minggu lalu.

Ad