Selamat tinggal Jalil Elias merupakan laungan yang menjadi tanda tanya peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini.
Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan pada awal musim 2024/25 daripada kelab Argentina, San Lorenzo.
Beliau bagaimanapun bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama JDT dan hanya turun membuat satu penampilan sahaja musim ini.
Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio telah memaklumkan bahawa pemilihan untuk tidak menurunkan pemain tengah Syria itu atas faktor perlawanan semata-mata.
“Jalil Elias pemain yang bagus tetapi kami memiliki pemain dan skuad yang baik. Jadi ini merupakan hanya satu keputusan yang dibuat pada perlawanan ini,” ujarnya.
Masa depan pemain berbakat ini terus menjadi tanda tanya apabila beliau tidak berada dalam skuad sama sekali dalam 8 perlawanan musim ini.
Perkara ini diburukkan apabila jersi nombor 7 yang dipakai oleh Jalil Elias ketika ini telah diberikan kepada tonggak baharu, Enzo Lombardo.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi mengenai status Jalil bersama pasukan tatkala jendela perpindahan kedua bakal dibuka, Ogos ini.