Selangor Adakan Promosi Tiket Aksi ACL2, Serendah RM10
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Para peminat Selangor berpeluang untuk mendapatkan tiket bagi aksi AFC Champions League 2 (ACL2) dengan harga promosi serendah RM10.

Selangor bakal menjadi wakil Malaysia untuk bersaing di pentas Asia dalam saingan ACL2 setelah muncul naib juara Liga Super musim 2023, di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ad

Anak-anak buah Nidzam Jamil diundi di dalam kumpulan E bersama Jeonbuk Hyundai (Korea Selatan), Muangthong United (Thailand) serta kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu FC.

Ad

Dengan format round robin yang digunakan di peringkat kumpulan, Selangor mengambil peluang untuk membuka jualan tiket bagi aksi di gelanggang sendiri dengan tawaran tiket kombo.

Tiket kombo yang ditawarkan untuk ketiga-tiga aksi di Stadium MBPJ bermula pada harga RM60 bagi tempat duduk grandstand, RM50 bagi tempat duduk terbuka.

Ad

Manakala untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, tiket kombo yang dijual adalah pada harga RM15 dengan harga promosi ini dibuka sehingga 19 September ini.

Ad

Bagi peminat yang membeli secara single match, tiket grandstand boleh didapati dengan harga RM30 manakala tiket terbuka pula dijual pada harga RM25 dan RM 30 bagi pasukan pelawat.

Ad

Tiket untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 pula dijual dengan harga RM10 dan tiket single match boleh didapati bermula 20 September bagi memberi laluan untuk jualan tiket kombo.

Untuk makluman, tiada jualan tiket secara fizikal di venue atau stadium pada hari perlawanan dan tiket hanya boleh didapati menerusi laman sesawang TicketHotline bermula sekarang.

Aksi pembuka tirai Selangor dalam kempen ACL2 adalah bertemu wakil Thailand, Muangthong United pada di laman lawan pada 19 September ini.