Pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC dikhabarkan bakal bertemu kelab dari Indonesia.
Memetik laporan Astro Arena, The Red Giants bakal mengadakan perlawanan persahabatan empat penjuru bertemu kelab dari tiga negara iaitu Indonesia, Brunei dan Singapura.
Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi mempersiap dan menguji kekuatan pasukan sebelum menghadapi saingan musim baharu 2024/2025.
Sebelum ini, Selangor pernah beraksi bertemu kelab dari Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh bagi aksi persahabatan pada musim lepas.
Ketika ini, The Red Giants baru sahaja tamat aksi pra musim yang berlangsung di Thailand bertemu dua kelab dari Thai League 2 iaitu Samut Prakan City dan Ayutthaya United.
Selangor mencatatkan 1 kemenangan dan 1 kekalahan bagi aksi perlawanan persahabatan tersebut.