Pasukan Selangor telah melakukan kerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam memulihkan gelanggang futsal masyarakat.
Gelanggang futsal di Pangsapuri Seksyen 7, Shah Alam telah dibaik pulih dan dicantikkan demi memastikan kawasan permainan tersebut selamat digunakan para penduduk setempat.
Kerja-kerja pengubahsuaian gelanggang tersebut telah dimulakan pada hari ini semasa Program Kejiranan RG 2024 menurut satu hantaran di laman Facebook milik Selangor FC.
Usaha murni daripada Selangor FC itu mendapat reaksi positif dan pujian warga maya memandangkan aktiviti futsal adalah sukan yang relevan dalam komuniti penduduk setempat.
“Mantap teruskan usaha-usaha begini untuk rapat dengan komuniti setempat. Satu usaha yang bagus. Tahniah Selangor FC, kena share seluruh Selangor dan serata media.” – Ulie Ramli
“Terbaik Selangor FC.” – Amir Mohd Raji
“Tahniah pengurusan dengan cara tersendiri.” – Rahmat Reza
Selangor kini terus melangkah ke hadapan apabila bakal bersaing di pentas Piala AFC untuk musim hadapan setelah menamatkan saingan Liga Super 2023 ditangga kedua.
Selangor turut mengekalkan beberapa pemain penting seperti Quentin Cheng, Syahir Bashah, Richmond Ankrah, Fazly Mazlan, Noor Al-Rawabdeh, Izwan Yuslan dan Sikh Izhan untuk saingan musim 2024.