“Selangor Bertuah Bawa Pulang Satu Mata” – Nidzam Jamil
MakanBola
Azrihazq / MakanBola
Sponsors

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil akui pasukannya masih bertuah meskipun seri di tempat lawan menentang Sri Pahang malam tadi.

Selangor FC mempunyai kelebihan pada separuh masa kedua apabila penyerang Sri Pahang Mykola Agapov dilayangkan kad merah

Ad

Beliau bagaimanapun percaya bahwa anak buahnya sudah melakukan yang terbaik untuk menjaringkan gol. Namun, jurulatih berusia 44 tahun itu akui dengan kualiti barisan pertahanan skuad kendalian Fandi Ahmad itu. 

Ad

“Saya rasa kita ada separuh masa pertama dan kedua yang berbeza. Terutama selepas tiga minit Sri Pahang main dengan 10 orang. Kita rasa kita nak cuba menang perlawanan. 

“Kita cuba masukkan Reziq (Bani Hani), kita cuba masukkan Fazly (Mazlan) untuk kenakan lebih banyak tekanan. Tapi sekali lagi dari segi pertahanan, Pahang bermain dengan baik. Barisan pertahanannya cukup tersusun, sukarlah untuk kita main malam ini.

Ad

Beliau dalam pada itu turut berasa tidak gembira dengan keputusan pasukannya kerana gagal menggunakan kelebihan pemain di atas padang.  

Ad

“Tapi keluar dari sini (Temerloh) dengan satu mata walaupun saya tak gembira. Pada masa sama, kita bertuah kerana dapat bawa keluar satu mata,” kata Nidzam Jamil selepas tamat perlawanan.

Ad

Ketika ini, Selangor FC berada di tangga ke-3 Liga dengan tiga belas mata manakala Sri Pahang di tangga ke-10 Liga dengan enam mata. 

Selepas ini, Selangor akan berdepan cabaran  Piala FA 2024 menentang Terengganu pada 3 Ogos ini sementara Sri Pahang bakal bertemu Sabah bagi aksi Liga Super 2024 pada 9 Ogos ini.