Ads
Liga Super
Selangor FC

Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya masih berada pada kedudukan terbaik untuk layak ke Asia musim depan.

Advertisements

Keyakinan beliau ini bersandarkan pada kedudukan dalam Liga Super ketika ini. Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara pada Rabu lepas, Selangor di tempat kedua dengan 49 mata.

Advertisements

Dengan sasaran meraih satu trofi lenyap selepas tersingkir dari Piala Malaysia, Merah Kuning perlu layak ke kejohanan AFC musim depan bagi memenuhi objektif musim ini.

Advertisements

Advertisements

“Ya, memang kalau kita lihat sasaran tahun ini ialah sasarah meraih satu piala dan dapat slot (kejohanan anjuran AFC).

“Bagi saya, yang paling penting saya yakin dengan barisan pemain yang akan memberi persembahan terbaik walaupun kita tak dapat menjulang salah satu piala. Tapi sasaran ke slot AFC, kita masih dalam kedudukan terbaik,” katanya bila ditemubual Nadi Arena semalam.

Advertisements

Selangor perlu memastikan mereka meraih kemenangan daripada baki empat perlawanan Liga Super musim ini. Dan malam ini, mereka bakal membuat perhitungan dengan pasukan sama yang menyingkirkan mereka dari Piala Malaysia, Terengganu FC.

Dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, skuad Peteh pastinya berazam mahu The Red Giants merasai kekalahan kedua di tangan mereka. Ini selepas mereka mengaibkan skuad pelawat 2-0 dalam aksi pertama suku akhir Piala Malaysia.

Advertisements

Dan tugas anak-anak buah Cheng Hoe bertambah sukar tanpa kelibat Yazan Al-Arab. Bek tengah Jordan itu sedang menjalani penggantungan kerana insiden kad merah dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia minggu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram