Yazan Al-Arab Dikesan Tendang Pengadil
Piala Malaysia
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Pemain import Selangor, Yazan Al-Arab telah dikesan menyepak pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Amir ketika aksi suku akhir Piala Malaysia 2023.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya menyaksikan pasukan Selangor diikat Terengganu dengan keputusan 1-1.

Advertisements

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, pertahanan Selangor Yazan Al-Arab terus meluru kearah pengadil perlawanan dan meluahkan rasa tidak puas hati.

Beliau dilihat seakan menengking dan menunjukkan isyarat protes dengan keputusan yang dibuat pengadil.

Advertisements

Herdikan Yazan itu telah memaksa pengadil perlawanan untuk tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Yazan.

Layangan kad itu seakan menambah kemarahan Yazan sehingga pemain import dari Jordan itu bertindak menyepak pengadil perlawanan. Insiden tersebut akhirnya dileraikan pemain-pemain Selangor yang lain.

Advertisements

Ditinjau situasi semasa di Stadium MBPJ, ramai dalam kalangan pemain dan staf pasukan Selangor turut kecewa dengan keputusan pengadil perlawanan.

Advertisements

Terengganu mengesahkan kemaraan ke separuh akhir, selepas menang dengan agregat 3-1. Anak buah Tomislav Steinbruckner bakal bertemu pasukan KL City di pentas separuh akhir Piala Malaysia 2023.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Berita Harian (Firdaus Hashim) & MakanBola (Azri […]

News Comments Account