Selangor Dambakan Kemenangan Di Gelanggang Lawan
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh mengakui pasukan gergasi Lembah Klang itu mahu menamatkan kemarau kemenangan mereka di tempat lawan.

Sejak saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 bermula, Merah Kuning berdepan kesukaran merekodkan kemenangan di tempat lawan.

Ad

Tiga perlawanan Liga M di tempat lawan menyaksikan Selangor bukan saja tewas kepada KL City FC pada 14 Julai lalu dalam Liga Super. Malah, pasukan itu tewas di peringkat suku akhir pertama dan separuh akhir pertama Piala FA 2024.

Ad

Hakikat ini disedari Noor memandangkan kesemua kemenangan yang direkodkan Selangor dalam Liga M dilakar di stadium keramat mereka, Stadium MBPJ. Ini termasuk kemenangan 4-1 ke atas Penang FC.

Atas sebab itu, pemain tengah Jordan berusia 27 tahun itu berharap Merah Kuning dapat bangkit apabila bertemu dengan Sri Pahang FC di Temerloh nanti.

Ad

“(Perlawanan) itu akan menjadi sukar. Mana-mana perlawanan di tempat lawan sudah pastinya sukar tetapi kita perlu fokus.

Ad

“Kita sudah tewas tiga perlawanan di tempat lawan. Sekarang, kita perlu bangkit balik dan Insya Allah, kita akan dapatkan tiga mata,” katanya kepada MakanBola selepas tamat perlawanan Selangor-Penang pada 27 Julai lalu.

Ad

Merah Kuning bakal berentap dengan Tok Gajah pada 31 Julai ini di Stadium Temerloh.