Selangor Didakwa Buru Bintang Indonesia, Eliano Reijnders
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Selangor FC difahamkan telah mengatur langkah untuk mendapatkan bintang muda Indonesia, Eliano Reijnders.

Pemain berusia 24 tahun itu kini beraksi buat kelab Belanda, PEC Zwolle di Eridivisie selama hampir dua musim setelah berpindah daripada Utrecht B-21.

Ad

Khidmat beliau mula mendapat perhatian kelab di Asia Tenggara selepas menjadi antara pemain dalam skuad Timnas Indonesia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Eliano yang telah beraksi buat Sang Garuda sejak Oktober 2024 dilaporkan kini berada dalam radar kelab gergasi Lembah Klang, Selangor FC.

Perkara ini disahkan oleh wartawan terkemuka, T. Avineshwaran mengenai usaha The Red Giants untuk menambah baik skuad sedia ada yang bakal beraksi di Asia.

Ad

“Selangor sedang memantau perkembangan pemain antarabangsa Indonesia, Eliano Reijnders, yang boleh beraksi sebagai wingback dan pemain sayap.

Ad

“Pemain berusia 24 tahun itu telah meraih tiga kaps bersama skuad Indonesia dan merupakan adik kepada bintang AC Milan dan Belanda, Tijjani,” ujar beliau di laman X.

Ad

Anak buah Katsuhito Kinoshi telah kehilangan beberapa tonggak berpengalaman seperti Khuzaimi Piee, Khairul Azhan dan Safuwan Baharudin yang bakal membawa haluan baharu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments