Selangor & Gabriel Rosa Umum Perpisahan Luar Jangka
UltraSukan
Selangor FC Futsal
Sponsors

Tonggak import Selangor, Gabriel Rosa mengucapkan selamat tinggal buat pasukan setelah menyarung jersi The Red Giants hampir empat bulan.

Rosa dibawa masuk oleh skuad futsal Selangor pada jendela perpindahan kedua pada Jun lalu bagi menggantikan Ceara yang memilih untuk meninggalkan Gergasi Merah atas sebab keluarga dan kecederaan

Ad

Kehadiran Rosa sememangnya membawa impak besar buat pasukan Selangor apabila berhasil meledak gol sulung pada aksi pertamanya ketika menewaskan Pahang Rangers dalam saingan MPFL.

Ad

Walau bagaimanapun, jodoh Rosa bersama Selangor tidak panjang apabila pemain berusia 27 tahun itu mengumumkan dalam satu hantaran di Instagram bahawa beliau tidak lagi bersama The Red Giants.

“Hai semua, saya di sini ingin mengumumkan pemergian saya dari Selangor Futsal dan mengucapkan terima kasih kepada kelab atas semua sokongan yang diberikannya,” ucap Rosa.

Ad

“Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua barisan kejurulatihan, lembaga pengarah dan rakan sepasukan khas untuk Well Pereira dan Edgar Baldasso yang membantu saya sejak hari pertama.”

Ad

“Ini merupakan empat bulan yang luar biasa, saya tidak akan mengubah apa-apa. Semoga berjaya Selangor Futsal. Terima kasih banyak-banyak,” ujar Rosa di akhir kapsyen.

Ad

Rosa berjaya membantu Selangor muncul naib juara MPFL dan Malaysia Futsal Cup minggu lalu dan secara keseluruhan beliau telah meledak 14 gol dalam 12 perlawanan musim ini.