Advertising
MPFL: Usaha Selangor Kejar JDT Terjejas
UltraSukan
Selangor FC Futsal

Usaha skuad futsal Selangor FC mengejar pendahulu Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sedikit terjejas.

Ini selepas Selangor mengumumkan bahawa pemain import Brazil, Matheus Vasconcelos atau Ceara tidak bersama pasukan untuk baki kempen MPFL musim ini.

Ad

Keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk masalah kecederaan dan faktor keluarga beliau.

Ad

“Atas pelbagai sebab terutama keluarga dan (masalah) kecederaan, Ceara akan meninggalkan kita dan bertolak pulang ke Brazil esok (hari ini).

“Kami sentiasa bersyukur memiliki anda dalam pasukan dan menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Kami sentiasa menyayangi anda. Ini satu keputusan sukar buat anda dan kami, kita memiliki memori indah bersama dan kita sentiasa menghargainya.

Ad

“Jaga diri tidak kira di mana saja anda berada, kami mendoakan keselamatan dan kesembuhan buat anda,” kata kelab dalam satu kenyataan di Instagram.

Ad

Ceara kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Selangor kerana banyak membantunya sepanjang bersama pasukan itu.

Ad

“Terima kasih banyak-banyak keluarga. Saya akan kembali secepat mungkin. Terima kasih atas segalanya dan saya akan sentiasa menyayangi Selangor,” katanya di ruang komen Instagram Merah Kuning.

Sebaik pengumuman ini disiarkan di platform Instagram, ramai mengucapkan selamat berjaya kepada Ceara. Ini termasuk bekas penyerang import Selangor musim 2022, Herlison Caion.

Ceara merupakan antara pemain import pertama yang memeriahkan arena futsal negara selepas menyertai Selangor pada akhir tahun 2021.