Selangor & Lion City Sailors Terpisah 8 Anak Tangga Di Asia
MakanBola
SFC/LCSFC
Sponsors

Naib juara Liga Super Malaysia, Selangor dibezakan 8 anak tangga dengan finalis AFC Champions League Two (ACL2), Lion City Sailors di pentas Asia.

Selangor yang dikendalikan oleh Katsuhito Kinoshi ketika ini baru sahaja selesai menamatkan saingan Liga Malaysia bagi musim 2024-2025 dengan berada di kedudukan kedua Liga Super.

Ad
Sponsors

Oleh itu, skuad Gergasi Merah ini berjaya memastikan tempat untuk beraksi di saingan ACL2 pada musim hadapan setelah terkandas di peringkat kumpulan apabila menduduki tangga ke-3.

Ad

Sorotan pahit manis yang dilalui oleh Selangor pada musim lalu meletakkan mereka kini di tangga ke-113 Asia dan masih kelab kedua terbaik Malaysia di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sementara, kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors yang baru sahaja ditabalkan sebagai juara S-League minggu lalu ketika ini mengorak langkah yang besar dalam ranking Asia.

Ad

Kedudukan Lion City Sailors yang dibimbing oleh Aleksandar Rankovic itu melonjak 89 anak tangga dan berada di tangga ke-121 Asia kini untuk menjadi kelab terbaik dari Singapura.

Ad

Selain Lion City Sailor, dua lagi kelab Asia Tenggara iaitu Nam Dinh (Vietnam) serta BG Pathum United (Thailand) dilihat kini mengejar kedudukan Selangor apabila berada di tangga ke-118 dan 119.

Ad
Ranking Selangor Lion City Selangor & Lion City Sailors Terpisah 8 Anak Tangga Di Asia
Opta Analyst

Fokus utama Lion City Sailors ketika ini pastinya kepada aksi final ACL2 bertemu Sharjah dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang akan berlangsung pada 18 Mei ini di Stadium Bishan.

Sementara Selangor pula dilaporkan bakal mengadakan aksi pra-musim dengan 3 negara Asia berpotensi menjadi pilihan menjelang musim baharu Liga Malaysia tidak lama lagi.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments