Asia Tenggara
Selangor FC
Advertisements

Kejayaan bergelar juara RCTI Premium Sports menyebabkan Selangor FC menerima hadiah kewangan berjumlah AS$30,000 (RM150,000).

Advertisements

Ganjaran ini merupakan sebahagian hadiah yang diumumkan penganjur kejohanan, RCTI buat empat pasukan yang menyertai RCTI Premium Sports.

Kejohanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia menyaksikan penyertaan dua kelab Liga Super, Selangor dan Sabah FC. Manakala Indonesia pula diwakili oleh dua kelab Liga 1, Persija Jakarta dan PSIS Semarang.

Advertisements

Meskipun kejohanan ini berstatus kejohanan persahabatan, keempat-empat kelab menunjukkan prestasi memberangsangkan di Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS).

Juara menerima hadiah kewangan berjumlah AS$30,000 (RM150,000), trofi Piala Rajawali dan pingat. Sementara naib juara pula menerima AS$15,000 (RM70,000).

Advertisements

Sementara pasukan yang meraih tempat ketiga dan keempat pula masing-masing mendapat AS$10,000 (RM46,000) dan AS$5,000 (RM23,000).

Selangor bergelar juara selepas berjaya menewaskan Persija 1-0 di pentas final baru-baru ini. Alvin Fortes muncul wira dengan menanduk gol kemenangan pada minit kedua.

Advertisements

Kejayaan Selangor bergelar juara bukan saja menyaksikan pasukan itu menerima hadiah kewangan, trofi dan pingat. Malah, dua pemain Merah Kuning iaitu Fortes dan Ronnie Fernandez dipilih pemain terbaik perlawanan akhir dan pemain terbaik kejohanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram