“Selangor Tak Layak Ketinggalan Lawan JDT” – Edgar Baldasso
UltraSukan
Selangor FC Futsal
Sponsors

Pengendali skuad futsal Selangor, Edgar Baldasso nyata berpuas hati dengan persembahan cemerlang anak-anak buahnya setelah meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu liga, JDT pada Ahad.

JDT tiba ke Shah Alam sebagai pasukan pilihan bagi aksi kali ini setelah merekodkan kemenangan bersih dalam kesemua 9 perlawanan liga, begitu juga dengan Selangor yang merekodkan 5 kemenangan berturut-turut.

Ad
Sponsors

Walau bagaimanapun, momentum positif JDT dihentikan oleh Selangor hasil dua jaringan minit akhir dari Gabriel Rossa dan Syahir Iqbal meskipun mendahului menerusi sepakan penalti Bruno Taffy.

Ad

Menurut ketua jurulatih Selangor, Edgar Baldasso, aksi di separuh masa pertama disifatkan sebagai seimbang bagi kedua-dua pasukan kerana pasukannya dan pihak lawan menunjukkan pertahanan yang bagus.

”Di babak pertama, saya merasakan permainan seimbang, kedua-dua pasukan bertahan dengan baik dan teratur bagi mengakhiri aksi tanpa jaringan,” komennya ketika ditemui selepas perlawanan.

Ad

Tambahnya lagi, persembahan lebih bertenaga ditunjukkan anak didiknya di permulaan babak kedua dengan deretan peluang yang dilihat boleh mengubah hala tuju permainan seandainya disempurnakan.

Ad

”Di separuh masa kedua, saya fikir kita bermain lebih baik, kita bermula dengan garang dan memiliki 1-2 peluang, jika kita tidak lepaskan (peluang itu), mungkin kita boleh ubah permainan ketika itu.”

Ad

Bagi beliau, pasukannya tidak layak untuk ketinggalan satu gol kepada pasukan JDT pada suatu ketika di separuh masa kedua tersebut memandangkan Selangor bermain lebih baik untuk meraih tiga mata.

”Akan tetapi kita tidak berhak untuk (ketinggalan) 0-1 di separuh masa kedua kerana kita bermain lebih baik,” kata pengendali kelahiran Brazil itu kepada MakanBola.

View this post on Instagram

A post shared by Selangor FC Futsal (@selangorfcfutsal)

Dengan kemenangan ini, Selangor kini melonjak ke tangga ke-2 dengan 21 mata, mengatasi Pahang Rangers yang tewas kepada Gombak TOT sementara JDT masih kekal di tempat pertama dengan 27 mata.

Selepas ini, Selangor bakal bertandang ke Pantai Timur bagi aksi ke-11 MPFL bertemu Terengganu pada 20 Julai hadapan manakala JDT akan menghadapi tentangan wakil dari Borneo iaitu Sabah.