Selangor Tamatkan Kontrak Yazan Al-Arab
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Selangor FC secara rasminya menamatkan kontrak pertahanan tengah Jordan, Yazan Al-Arab.

Keputusan itu berkuat kuasa serta merta apabila pemain berusia 26 tahun itu selepas melakukan satu tindakan luar kawalan ketika berdepan Terengganu dalam aksi suku akhir Piala Malaysia 2023.

“Merujuk kepada insiden yang berlaku selepas perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2023 antara Selangor FC dan Terengganu FC pada 24.09.2023 yang melibatkan pengadil perlawanan dan Yazan Al-Arab.”

Advertisements

“Kelab Bola Sepak Selangor telah menjalankan satu Prosiding Tatatertib berkaitan dengan insiden tersebut.”

The Red Giants telah memutuskan untuk menamatkan kontrak pertahanan tinggi lampai itu selepas insiden yang memalukan kelab tersebut.

“Berikutan Prosiding Tatatertib tersebut, Selangor telah memutuskan untuk menamatkan kontrak Yazan Al-Arab melalui penamatan kontrak bersama secara serta-merta.”

Advertisements

“Selangor FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yazan Al-Arab di atas khidmat dan bakti beliau but Red Giants sepanjang dua musim bersama kelab,” ujar kenyataan Selangor FC.

Keputusan ini memberi tamparan yang cukup hebat buat pasukan dan juga pemain tatkala Selangor mahu bersaing hebat untuk ke Asia tahun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram