Selangor Tebus Kontrak Nooa Laine, Tinggalkan Kelab Finland Secara Tetap
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Perancang tengah muda negara, Nooa Laine secara rasminya menjadi milik Selangor secara tetap.

Tonggak berusia 22 tahun itu menyertai Gergasi Merah secara pinjaman pada awal musim 2024/25 dari kelab Finland, SJK Seinäjoki.

Ad

Beliau memainkan peranan penting dan menjadi nadi posisi tengah Gergasi Merah terutamanya dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) sehingga membantu Selangoe mendahului carta kumpulan.

Ad

Menerusi pengumuman oleh kelab asalnya, beliau disahkan sudah menjadi milik Selangor FC selepas kelab Lembah Klang itu telah menebus kontraknya bersama pasukan.

“Pemain tengah SJK Seinäjoki, Nooa Laine meneruskan kerjayanya dalam Liga Super Malaysia Selangor FC.

Ad

“Laine yang dipinjamkan ke kelab Asia itu kini akan berpindah ke Malaysia secara tetap dan SJK akan menerima pampasan untuk perpindahan itu.

Ad

“Laine yang dibesarkan oleh JJK, datang ke Seinäjoki dari Klubi04 HJK pada Januari 2021, dan mula bermain dalam pasukan wakil Veikkausliiga.

Ad

SJK Seinajoki juga gembira kerana dapat membantu Nooa mencapai tahap karier terbaiknya dan membawa haluan baharu.

“Sepanjang musim bermain di Malaysia, obligasi pembelian dalam kontrak pinjaman Laine telah diaktifkan dan dengan itu dia menjadi pemain Selangor FC dengan perpindahan tetap.

“Perjalanan pembangunan Laine di Seinäjoki telah mengikut perancangan dan kami sangat gembira kerana seorang lagi pemain yang telah melalui laluan baik dan bergerak ke hadapan dalam kariernya, ujar kenyataan kelab.

Pada musim ini, Nooa Laine telah beraksi 12 perlawanan di Liga Super dan mengumpul 1080 minit selain merekodkan satu bantuan gol setakat ini.