Terkini: Nooa Laine Milik Selangor
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Pemain tengah Harimau Malaya, Nooa Laine sah menyertai pasukan Selangor FC untuk saingan Liga Super musim 2024-2025.

Perpindahan bekas pemain tengah SJK Seinäjoki itu diumumkan skuad Merah Kuning menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka hari ini.

Memulakan kariernya bersama JJK Jyväskylä pada 2018, beliau merekodkan 15 penampilan dan satu gol. Nooa kemudiannya menyertai skuad remaja HJK Helsiniki, Klubi 04 selama dua musim (2019 dan 2020) dengan merekodkan 26 penampilan dan lima gol.

Advertisements

Semasa bersama SJK Seinäjoki, namanya mula menyerlah. Dalam tempoh tiga musim (2021-2023) bersama SJK, Nooa merekodkan 64 perlawanan dan empat gol.

Semasa tempoh ini juga, beliau mendapat panggilan menyertai Harimau Muda untuk aksi kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) menentang Kemboja dan Thailand.

Advertisements

Nooa juga merekodkan penampilan pertama di pentas antarabangsa bersama Harimau Malaya apabila diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan.

Sebelum menerima panggilan skuad negara, beliau pernah beraksi untuk skuad Iceland B-16 dan B-17.

Advertisements

Nooa atau nama sebenarnya Nooa Hamzah Laine mengakui teruja dapat menyertai barisan pemain Merah Kuning yang dibimbing Tan Cheng Hoe itu.

“Selangor FC sudah lama menghubungi saya untuk menjelaskan peranan dan kepentingan khidmat saya kepada pasukan.

Advertisements

“Sejak itu, saya juga banyak mendengar perkara positif tentang budaya dan hala tuju kelab daripada rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Malaysia.

“Sejujurnya, saya gembira dengan keputusan untuk bersama pasukan ini kerana yakin Selangor FC akan menjadi kelab yang membantu saya mencapai kejayaan bersama-sama.”

“Antara kelebihan yang saya ada ialah saya mampu mengimbangi permainan di bahagian tengah, saya juga boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut dan boleh bermain di pelbagai posisi untuk membantu pasukan musim ini.

“Bagi saya, bermain di bawah jagaan Tan Cheng Hoe bermakna saya akan belajar banyak perkara untuk mengembangkan lagi bakat saya sebagai pemain dan ia juga akan membantu pasukan pada masa hadapan, kerana saya yakin dia seorang jurulatih yang hebat,” katanya kepada bahagian media Selangor.

Nooa dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri kerana mengenali ramai pemain kebangsaan yang beraksi untuk Selangor.

“Ini bukan kali pertama saya di sini, saya pernah bermain dan berlatih di Malaysia. Sebelum ini, saya juga mengenali beberapa rakan sepasukan semasa daripada skuad B23 negara.

“Mereka pasti akan membantu saya dalam menyesuaikan diri dengan pantas dengan pasukan,” ujarnya lagi.

Nooa menjadi pemain kelima menyertai Merah Kuning untuk musim 2024-2025.

Beliau menyertai bekas penjaga gol muda KL City FC, Azim Al Amin Kamaruddin dan trio pemain import, Umarbek Eshmurodov (Uzbekistan), Ronnie Fernandez (Chile) dan Alvin Fortes (Cape Verde).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram