Selangor Terima Tawaran RM300 Ribu KBS Baiki Saliran Stadium
Liga Super
Azri/MakanBola
Advertisements

Selangor merupakan salah satu pasukan yang menerima tawaran RM300 ribu dari Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk membaik pulih saliran stadium.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon.

“Buat masa ini, mengambil serius berkenaan cadangan dengan tawaran KBS dan TMJ (Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim) ke atas penukaran rumput. Tapi buat masa ini, kita akan fokus lebih kepada saliran.

Advertisements

“Kerana itu sangat penting buat masa ini. Kita rasa akan buat itu (perbaiki saliran) kerana isu masa sebab kalau nak tukar rumput itu rasanya mengambil masa enam hingga lapan bulan.

“Seperti yang kita lihat di Stadium Nasional Bukit Jalil, bila padang itu belum bersedia, mengakibatkan banyak masalah lain. Jadi di Stadium MBPJ, jika musim dah bermula, tiada masa nak rehat dah. Setiap minggu ada perlawanan.

Advertisements

“Jadi masa untuk tukar rumput, saya rasa tak sempat. Sekarang pun musim hujan. Jadi memang tak dapat nak buat kerja-kerja tukar rumput. Jadi untuk baiki saliran, kita akan ambil tawaran itu. Dengan saliran yang baik, air akan turun cepat dan padang tak becak,” jelas Dr Johan Kamal ketika ditemui di Majlis Tandatangan kerjasama antara Selangor FC & Yoodoo yang bertempat di Player Lounge, SFC Training Centre.

Terdahulu, KBS telah menawarkan geran kepada semua negeri 13 negeri termasuk Wilayah Persekutuan, RM500 ribu ringgit geran daripada Kementerian Belia dan Sukan mempunyai dua aspek, iaitu RM300 ribu untuk kos naik taraf saliran dan RM200 ribu untuk geran penanaman rumput.

Advertisements

Inisiatif yang ditawarkan KBS wajar diberikan pujian demi memartabatkan bola sepak Malaysia di peringkat asia dan antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram