Malaysia berpotensi miliki seorang lagi pemain warisan berdarah Perak selepas Kobe Chong apabila kini beliau beraksi di Arsenal.
Umum mengetahui bahawa Kobe merupakan pemain warisan Malaysia berdarah Perak menerusi bapanya yang berasal dari Ipoh.
Perkongsian oleh laman Frfuturetalents memaklumkan bahawa terdapat seorang lagi tonggak warisan negara yang berkelana di Eropah bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain yang dimaksudkan itu ialah Jimi Gower yang kini baru berusia 20 tahun dan beraksi bersama pasukan muda The Gunners.
Tonggak kelahiran Harold Wood, London ini merupakan pemain versatil pada posisi serangan dan boleh beraksi pada beberapa posisi di sana.
Beliau kini baru mencecah usia 20 tahun dan memiliki pengalama beraksi di Premier League 2 dengan 18 penampilan berjaya diraihkan pada musim ini.
Gower dilaporkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia dari belah ibunya susulan datuknya dikatakan berasal dari Perak.
Pemain berkaki kanan ini bakal menjadi tonggak warisan kedua berasal dari Perak selepas Kobe Chong yang kini dalam rundingan bersama beberapa kelab Liga Super.
Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi mengenai status tonggak muda ini yang difahamkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia.