Ads
Senarai 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia & Kyrgyzstan
Harimau Malaya
Azri/MakanBola

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayangan skrin besar di 16 lokasi agar penyokong dapat menonton perlawanan Kyrgyzstan dan Malaysia pada 6 Jun ini.

Advertisements

Tayangan di skrin besar ini merupakan antara inisiatif kerajaan untuk menggalakkan sokongan orang ramai kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Skuad negara yang dibimbing Kim Pan-gon bakal berentap dengan Kyrgyzstan di Bishkek untuk aksi kelima Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 pada 6 Jun ini.

Advertisements
Advertisements

Berikut senarai lokasi tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS dan JBSN:

  1. Dataran Putrajaya, Presint 13
  2. Dataran Merdeka
  3. Dataran MPKJ @ Stadium Kajang
  4. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar
  5. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  6. Dewan Futsal MPKK Kampung Sungai Kechil, Sungai Bakap
  7. Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya
  8. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  9. UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka
  10. Ngepot Kabin, Kluang
  11. Dataran Bandaraya, Kota Bharu
  12. Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu
  13. Padang MBK 1, Kuantan
  14. Dataran Perayaan, Petra Jaya, Kuching
  15. Dataran Uptown Belia, Beaufort
  16. Muzium Marin, Labuan

Perlawanan ini disifatkan misi hidup dan mati buat skuad negara. Ini kerana perlawanan ini bukan saja akan menentukan sama ada Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan atau tidak.

Advertisements

Malah, ini akan menentukan sama ada Malaysia dapat layak secara merit ke Piala Asia 2027 lebih awal tanpa perlu mengharungi pusingan kelayakan.

Advertisements

Ketika ini, Malaysia berada di tangga ketiga Kumpulan D dengan enam mata selepas mengharungi empat perlawanan kelayakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram