Senarai 18 Pasukan Di Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Selepas tamat semua perlawanan kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia, 18 pasukan mengesahkan tempat di pusingan ketiga kelayakan.

18 pasukan itu ialah Qatar, Kuwait, Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, China, Oman, Kyrgyzstan, Iran, Uzbekistan, Iraq, Indonesia, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Australia dan Palestin.

Ad
Sponsors

Selain berjaya mara ke pusingan ketiga kelayakan, kesemua 18 negara ini turut layak secara merit ke Piala Asia 2027.

Ad

Daripada 18 pasukan berkenaan, tiga pasukan merekodkan kemenangan 100% di peringkat kumpulan. Tiga pasukan itu ialah Jepun, Australia dan Iraq.

Tiga pasukan berkenaan turut menjadi sebahagian daripada lapan pasukan yang mencipta rekod tanpa kalah di pusingan kedua kelayakan.

Ad

Selain Jepun, Australia dan Iraq, Qatar, Korea Selatan, Iran, Uzbekistan dan UAE turut berada dalam kelompok sama.

Ad

Menariknya, Indonesia dan Palestin mencipta sejarah apabila mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan. Ini kerana ini kali pertama pencapaian itu diraih dua pasukan itu dalam sejarah bola sepak kedua-dua negara.

Ad

Kini, 18 pasukan bakal mengetahui mereka akan ditempatkan dalam kumpulan mana dalam saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Cabutan undi kumpulan pusingan itu bakal dibuat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur pada 27 Jun ini.