Senarai Akhir 23 Pemain Berbakat Malaysia Ke Piala Asia B-23 Qatar
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persiapan skuad Malaysia ke Piala Asia B-23 berjalan lancar dengan 23 pemain terbaik dibawa bagi mengharungi cabaran getir di Qatar.

Skuad kendalian Juan Torres Garrido melakukan persiapan yang lebih rapi selepas mengharungi dua aksi persahabatan menentang India di laman sendiri.

Tiga lagi aksi persahabatan menanti skuad muda negara di Qatar menentang China dan tuan rumah sekaligus menyaksikan harapan untuk mara ke pusingan kalah mati lebih besar.

Advertisements

Persiapan Malaysia B-23 bagaimanapun sedikit terjejas apabila kehilangan 4 tonggak utama iaitu Richard Chin, Azam Azmi, Rahadiazli dan Ruventhiran yang mengalami kecederaan.

Keadaan ini bagaimanapun menyaksikan beberapa perubahan terpaksa dilakukan oleh pengendali kelahiran Sepanyol itu sebelum terbang ke Qatar.

Posisi penjaga gol menyaksikan persaingan sengit antara tiga watak penting iaitu Sikh Izhan Nazrel, Muhammad Azim Al Amin dan Muhammad Firdaus Irman sementara posisi pertahanan seperti Harith Haiqal, Ubaidullah Shamsul, Safwan Mazlan, Ahmad Zikri Khalili, Umar Hakeem dan Aiman Yusni diberi kepercayan.

Advertisements

Perancang tengah juga menyaksikan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal bersama rakan sepasukan seperti Nooa Hamzah Laine, Aiman Afif, Saiful Jamaluddin, Syahir Bashah, Daryl Sham, Najmuddin Akmal dan Muhammad Abu Khalil berada dalam senarai.

Barisan serangan yang diketuai oleh penyerang J3 League, Luqman Hakim Shamsudin bersama T. Saravanan, Fergus Tierney, Aliff Izwan Yuslan, Haqimi Azim dan Mohd Alif Zikri.

Malaysia B-23 bakal mengharungi aksi pertama Kumpulan D menentang Uzbekistan pada 17 April 2024 selain dua lagi lawan iaitu Vietnam dan Kuwait.

Advertisements

Sebagai rekod, penyertaan kali ini merupakan penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas 2018 dan 2022.

Kejayaan Malaysia pada kejohanan kali ini turut menawarkan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan juara, naib juara dan pasukan di tempat ketiga akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala tempat keempat mara ke pusingan play-off menentang wakil Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram