Advertisement
4 Pemain Muda Digugurkan Dari Skuad Ke Qatar
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bertolak ke Qatar awal pagi ini sebagai persiapan awal menghadapi Piala Asia B-23 2024.

Pasukan yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido itu menyaksikan empat orang pemain muda disisihkan.

Empat pemain tersebut ialah Azam Azmi Murad, V. Ruventhiran, Richard Chin dan Rahadiazli Rahalim. Hal ini dinyatakan oleh Garrido seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fatin Ruzeiman.

Azam, Ruventhiran dan Richard terpaksa disisihkan akibat masalah kecederaan. Bek kanan Terengganu FC itu terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan semasa membantu Harimau Malaya menentang Oman.

Sementara Ruventhiran pula mengalami masalah kecederaan semasa berlatih dengan skuad senior negara beberapa minggu lalu.

Manakala Richard juga berehat panjang selepas mengalami kecederaan ketika beraksi untuk kelab pinjamannya, Bath City.

Harimau Muda turut diperkuat tiga pemain yang beraksi untuk skuad senior baru-baru ini. Mereka ialah Mukhairi Ajmal, Nooa Laine dan Harith Haiqal Adam Afkar.

Skuad Malaysia B-23 bakal memulakan kempen Piala Asia B-23 dalam Kumpulan D bersama Vietnam, Kuwait dan Uzbekistan.

Sebagai persiapan untuk menempuh kejohanan itu, skuad negara bakal berhadapan China dan Qatar untuk dua aksi persahabatan pra-kejohanan.

Kempen Harimau Muda bermula dengan menentang Uzbekistan pada 17 April ini.