Advertising
Senarai Akhir 26 Pemain Harimau Malaya Di ASEAN Championship
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memuktamadkan senarai 26 pemain Harimau Malaya yang dipilih untuk kempen ASEAN Championship 2024.

Malaysia kini memiliki momentum cemerlang dalam menghadapi kejohanan berprestij di Asia Tenggara itu. Selain menewaskan Laos 3-1, Harimau Malaya turut mengikat India 1-1 pada November lalu.

Slot penjaga gol utama bakal menyaksikan persaingan antara Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Haziq Nadzli dan Haziq Aiman Mohd Esa.

Ad

Bahagian pertahanan pula menyaksikan kemunculan beberapa muka baru. Antaranya ialah Jimmy Raymond, Aiman Hakimi Othman dan Declan Lambert.

Ad

Selain trio ini, Pau Marti Vicente turut memanggil Harith Haiqal Adam Afkar, Dominic Tan, Adib Ra’op, Daniel Ting dan Khuzaimi Piee,

Bahagian tengah pula menyaksikan kehadiran tiga muka baru iaitu Muhammad Abu Khalil, Daryl Sham K.K. George dan Danial Amier Norhisham. Panggilan ini cukup istimewa buat Danial Amier kerana ini kali pertama beliau bersama Harimau Malaya sejak 2018.

Ad
Ad

Selain mereka, Pau Marti turut memanggil Sergio Aguero, Stuart Wilkin dan Syamer Kutty Abba untuk menyuntik pengalaman di bahagian berkenaan.

Ad

Bahagian serangan pula menyaksikan pemilihan G. Pavithran dan Najmudin Akmal Kamal Akmal. Duo berkenaan menyertai Paulo Josue, Syafiq Ahmad, Fergus Tierney, Fazrul Amir Md. Zaman, Darren Lok dan Haqimi Azim Rosli.

Harimau Malaya berada dalam Kumpulan A bersama Thailand, Timor Leste, Singapura dan Kemboja. Malaysia bakal membuka kempen menentang Angkor Warriors pada 8 Disember ini.

Malaysia berharap dapat memperbaiki pencapaian mara ke separuh akhir yang dilakar pada edisi 2022.