Senarai Pemenang Pingat Malaysia Di Sukan Komanwel 2026
UltraSukan
MSN Malaysia

Malaysia menamatkan kempen Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland di tangga ke-10 dengan 16 pingat.

Lapan daripadanya merupakan pingat emas. Sukan angkat berat menjadi penyumbang terbesar koleksi pingat emas menerusi lima atlet iaitu Aniq Kasdan, Aznil Bidin, Erry Hidayat, Hafizuddin Rosli dan Syahmi Nor Ghazali.

Datuk Azizulhasni Awang, Abdul Latif Romly dan Amir Daniel Abdul Majeed masing-masing menyumbang menerusi sukan berbasikal trek, olahraga (lompat jauh T20 lelaki) dan judo.

Sukan angkat berat turut menyumbang satu pingat perak dan dua pingat gangsa menerusi Siti Aqilah Farhana Draman, Bonnie Bunyau Gustin dan Irene Jane Henry.

Dua lagi pingat perak disumbang oleh boling padang menerusi Syafiqa Haideer, Aleena Nawawi dan Izzat Dzulkeple. Syafiqa dan Aleena meraih perak untuk kategori berpasangan wanita dengan Izzat (perseorangan lelaki).

Acara sama turut menyumbang dua pingat gangsa menerusi Amirul Danial Abdul Rahim, Soufi Rosli, Jariah Zakaria dan Norazian Daud. Amirul Danial dan Soufi meraih gangsa untuk kategori berpasangan lelaki dengan Jariah dan Norazian (berpasangan wanita B6-8).

Eljoe Gotuoh pula meraih gangsa untuk acara lompat jauh T20 lelaki. Pencapaian ini menyaksikan kontinjen Malaysia mengatasi sasaran rasmi kejohanan iaitu lima pingat emas, dua perak dan empat gangsa.