Ini adalah senarai lengkap exco jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi baki penggal 2025-2029.
Pada Khamis, 17 September, Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 telah berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya yang menyaksikan Dato’ Ab Ghani Hassan diumumkan secara rasmi sebagai Presiden baharu FAM ke-9.
Dato’ Ab Ghani Hassan memenangi jawatan tersebut selepas memperoleh 20 undi dalam pemilihan presiden, sekali gus menewaskan pencabar, Dato’ Seri Shahril Bin Mokhtar yang menerima 5 undi daripada keseluruhan 25 undian.
Bagi jawatan Naib Presiden 1, Datuk Seri Haji Rosmadi mendapat undian tertinggi daripada perwakilan untuk menggalas peranan tersebut sementara Datuk Saaran a/l Nadarajah diangkat sebagai Naib Presiden 3 badan induk bola sepak negara.
3 jawatan ditawarkan selaku wakil FA dalam Ahli Jawatankuasa Eksekutif disandang oleh Mohd Azizudin Bin Mohd Shariff, Dato’ Mohd Azhar Bin Jamaluddin dan Datuk Alijus @Mohd Ali Bin Sipi yang mendapat undian tertinggi berbanding 4 lagi calon.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif juga terdiri daripada dua wakil kelab bola sepak (FC) yang disandang oleh Datuk Kamarudin Bin Hj Hassan serta Datuk Syed Mahadi Bin Syed Hassan setelah masing-masing menerima 15 undi.
Dua bekas exco, Dato’ Zainal Abidin Bin Hassan serta Dato’ Suraya Binti Yaacob kembali dalam barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM dengan membawa suara selaku wakil Profesional dan Wanita untuk baki penggal 2025-2029.
Senarai penuh Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal 2025-2029 boleh dirujuk seperti di bawah.
Presiden FAM: Dato’ Ab Ghani Bin Hassan.
Naib Presiden FAM 1: Datuk Seri Haji Rosmadi Bin Haji Ismail.
Naib Presiden FAM 2: Presiden MFL.
Naib Presiden FAM 3: Datuk Saaran a/l Nadarajah.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (FA): Mohd Azizudin Bin Mohd Shariff, Dato’ Mohd Azhar Bin Jamaluddin dan Datuk Alijus @Mohd Ali Bin Sipi.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (FC): Datuk Kamarudin Bin Hj Hassan dan Datuk Syed Mahadi Bin Syed Hassan.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Profesional): Dato’ Zainal Abidin Hassan.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Wanita): Dato’ Suraya Binti Yaacob.