Seorang lagi tonggak dilaporkan bakal hadir menyertai kem latihan Harimau Malaya.
Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal diperkuat dengan kehadiran 25 pemain berbanding 26 pada senarai awal susulan pengguguran penjaga gol berpengalaman. Ahmad Syihan Hazmi.
Tonggak pertahanan Buriram United, Dion Cools bersama 5 pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) baru sahaja menyertai sesi latihan dua hari lalu.
Hal ini menjadikan hanya seorang lagi tonggak penting skuad kebangsaan yang masih belum melapor diri ketika ini.
Pemain yang dimaksudkan ialah perancang tengah Selangor FC, Nooa Laine yang cemerlang membantu Gergasi Merah menjulang piala kedua di Indonesia.
Perancang berusia 22 tahun itu memastikan Selangor FC menjulang RCTI Premium Sports apabila berjaya mengatasi Persija Jakarta dengan keputusan 1-0.
Beliau dijangka akan kembali melapor diri pada Isnin, 3 Jun 2024 sebelum pasukan berangkat ke Bishkek pada 4 Jun 2024.
Malaysia telah pun kehilangan 7 tonggak utama seperti Arif Aiman, Faisal Halim dan ramai lagi ekoran kecederaan menjelang dua aksi penting pasukan.
Skuad Harimau Malaya akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.
Perlawanan ke-6 pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.