Seorang lagi penjaga gol dikaitkan untuk menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perkara ini dinyatakan oleh wartawan terkemuka, T. Avineshwaran berkenaan khabar angin perpindahan jendela kedua.
Sebelum ini, skuad Harimau Selatan telah mengumumkan ketibaan penjaga gol kacukan Malaysia-Sepanyol, Christian Abad Amat.
Laporan terbaru menyaksikan JDT dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol KL City, Azri Ghani.
“JDT sedang memantau khidmat penjaga gol KL Azri Ghani,” ujar Avineshwaran di laman X.
Pemain berusia 25 tahun itu menjadi watak penting sejak akhir musim lalu susulan pemergian Kevin Ray Mendoza.
Beliau terus mendapat kepercayaan oleh pengendali, Miroslav Kuljanac dan kini menghuni tangga ke-3 Liga Super.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan khabar perpindahan ini sama ada daripada pihak kelab mahupun pemain.
JDT kini baru mengumumkan ketibaan tiga orang pemain iaitu Christian Abad, Enzo Lombardo dan juga Park Jun-heong bagi perpindahan kedua musim ini.