Seorang Pemain Liga Finland Ikut Jejak Langkah Nooa Laine
Transfer
FC Khan Tengri
Advertisements

Seorang bekas pemain Liga Finland dikatakan bakal mengikut jejak langkah pemain tengah Selangor FC, Nooa Laine.

Perkara ini diungkapkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi berkenaan pemain yang menjadi buruan Negeri Sembilan.

Individu yang dimaksudkan ini ialah pertahanan kelahiran Nigeria iaitu Aliyu Abubakar yang dikatakan berada dalam radar skuad Jang.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu dilihat sebagai calon import terbaik tatkala beliau memiliki pengalaman yang luas apabila pernah beraksi bersama beberapa liga terkemuka di Eropah.

Aliyu merupakan seorang pemain versatil dan boleh memainkan beberapa peranan pada bahagian pertahanan seperti tengah, kanan dan kiri.

Ketika ini, beliau beraksi bersama kelab divisyen dua Liga Kazakhstan iaitu kelab Khan Tengri dan sudah melakukan tiga penampilan.

Advertisements

Pemain tinggi lampai ini memiliki reputasi hebat selepas beliau merupakan bekas pertahanan utama skuad Nigeria B-17.

Pada usia emasnya, Aliyu Abubakar pernah beraksi buat kelab terkemuka Finland, Kuopion Pallosuera selain pernah ke kelab hebat Belarus, FK Slutsk.

Penambahan beliau ke Liga Malaysia sudah pasti meningkatkan kerancakan pasukan bagi musim 2024/25.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram